Wednesday, April 23, 2008

Mampukah BN/UMNO Bangkit Semula....

Pilihanraya Umum ke-12 merupakan sejarah yang akan menjadi detik perubahan kepada politik negara. Barisan Nasional (BN) dilihat seolah-olah telah berpecah akibat daripada keputusan PRU-12.

Pelbagai persoalan telah timbul dan berbagai permintaan berbentuk gesaan telah diajukan kepada tulang belakang BN iaitu UMNO. Hari ini telah timbul kembali mengenai ketuanan Melayu yang selama ini hanya dilihat menjadi retorik para pemimpin Melayu dalam agenda politik individu.

Melayu khususnya di Pulau Pinang telah benar-benar terpinggir dan hanya mampu berdoa kehadrat Ilahi agar diberi kekuatan kembali. Hal ini telah lama berlaku dan apakah kini akan berlanjutan atau telah dimakbulkan doa sang perintih?

Kepimpinan parti komponen BN pula dilihat mengambil jalan mudah dengan menekan UMNO demi meraih kembali sokongan terhadap mereka yang mana mereka ini juga penyebab utama di mana kekalahan BN dalam PRU12.

Berbagai cemuhan dan kenyataan yang dilemparkan. Di sini dilihat bahawa UMNO parti masyarakat Melayu seolah-olah adalah duri dalam daging penyebab semua ini berlaku. Di manakah maruah kita sebagai bangsa Melayu?

Sejarah telah menunujukkan bahawa tiada kerajaan yang akan kekal selamanya. Ini adalah merupakan takdir sesuatu kerajaan yang mana sekiranya terdapat kepincangan dan penindasan, maka akan datang bala Allah s.w.t kepada kerajaan tersebut.

Masyarakat Islam khususnya masyarakat Melayu beragama Islam telah dipecahkan kepada pelbagai fahaman politik atau semangat kepartian. Hal ini sebenarnya akan menyebabkan kita kembali ke zaman selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Di mana berlaku banyak peperangan untuk merebut jawatan khalifah.

Khalifah atau ketua yang wujud hari ini telah dilihat tidak lagi menjalankan misi keIslaman yang membawa kepada penyatuan umat Islam dan bukan Islam di bawahnya.

Islam kini lebih banyak dipolitikkan untuk kepentingan peribadi. Penindasan dan keperitan hidup golongan rakyat pertengahan dan bawahan telah menyebabkan keadaan politik negara menjadi kurang stabil.

Sedih melihat keadaan ini di mana masyarakat berpecah-belah dan para pemimpin bercakaran untuk menguasai pentadbiran. Polemik ini akan memberi impak besar yang akan diwarisi oleh generasi Malaysia seterusnya.

Laungan agar para pemimpin kembali kelandasan sebenar dengan menjadikan hukum Islam sebagai panduan telah banyak dilaungkan. Semua ini tidak diendahkan. Sikap pemimpin berjiwa rakyat dilihat sedikit demi sedikt telah terhakis dan kini hanya tinggal sisa-sisanya sahaja.

Muhasabah diri yang menjadi agenda utama yang diperkatakan oleh para pemimpin tidak lagi betul-betul dipraktikkan. Kepimpinan daripada semua sayap UMNO baik daripada peringkat cawangan hingga ke negeri dilihat tidak menunjukkan sikap muhasabah diri.

Hampir keseluruhannya senyap dan kalau ada pun aktiviti yang dijalankan hanyalah bersama dengan ahli jawatan kuasa. Seharusnya perhatian diberikan kepada golongan akar umbi kerana dilihat kini senario sebenarnya ialah pemimpin yang sedia ada tiada lagi mempunyai pengaruh di kawasan masing-masing.

Sudah menjadi lumrah mereka ini akan cuba mempertahankan jawatan mereka melalui AJK pilihan mereka. Harapan ahli akar umbi ialah agar pemilihan tahun ini adalah pemilihan melalui ketelusan dan calon berkarisma dibiar memimpin. Bukan pemimpin yang akan membawa agenda berkepentingan sendiri.

Apakah harapan untuk melihat UMNO kembali mendapat kepercayaan rakyat dan BN mendapat mandat rakyat hanyalah sekadar mimpi? Harus difikirkan oleh semua pemimpin parti apakah ini sekadar mimpi atau realiti.

2 comments:

sahabat gunung said...

Boleh bangkit asalkan pemimpin UMNO berani melakukan perubahan. hidup UMNO ....

MELAYU DI PERSIMPANGAN said...

UMNO HARUS KEMBALI KE AKAR UMBI

Sudah menjadi seperti satu kebiasaan bagi para sarjana dan ahli politik melihat UMNO sebagai satu-satunya wadah yang perlu dijadikan sebagai kenderaan untuk mempertahankan kedaulatan politik Melayu.

Pendekatan tersebut memang betul dan tepat untuk digunakan
sebelum pilihan raya 2008, tetapi dengan perkembangan politik terkini, pendekatan tersebut perlu diubah.

Hasil pemerhatian dan temu bual dengan pemimpin dan rakyat awam
mendapati perspektif UMNO mungkin relevan sekiranya UMNO kuat, tetapi jika dalam senario han mi, pendekatan tersebut tidak sesuai lagi kerana kos rawatannya yang tinggi dan pahit.

Antaranya ialah membina semula imejnya, menyusun kembali kaedah pengurusan maklumat dan media yang dikuasainya, mereposisikan kedudukannya supaya sesuai dengan tuntutan semasa rakyat dan mengubah semula strategi damage controlnya yang banyak tidak tepat preskripsinya.

Selain itu, UMNO juga perlu merapatkan jurang pemikiran antara rakyat dan pemimpin yang semakin jauh, perlu mengizinkan perbezaan politik, mendemokrasikan parti, menghapuskan pembodek, pengampu dan perasuah dalam parti, kembali memaksikan perjuangannya kepada memartabatkan bangsa, agama dan negara bukannya peribadi dan
individu, mendengar sanubari rakyat yang bersuara dan mencari pendekatan lain yang lebih kreatif bagi memacukan parti ke depan.

Jika itu gagal dilakukan, maka apa yang perlu dilakukan untuk mendaulatkan politik Melayu ialah dengan kembali kepada kontrak sosial kerana kontrak mi adalah asas kepada sistem pemerintahan kita yang menjadikan kita negara demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. mi kerana kontrak sosial meninggalkan kita empat perkara iaitu perlembagaan, kemerdekaan, hubngan kaum dan pemerintahan Melayu yang jelas telah memainkan peranan penting dalam mengekalkan kestabilan politik di sebuah negara yang masyarakatnya rencam mi.